Rabu, 3 Disember 2008

KISAH DELIMA ( RUBY )

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of gemstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).atau orang panggil Delima Cindai dan Delima Daging(Ruby Star)
Delima adalah batu permata yang keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs.iaitu bawah dari Berlian(diamong).Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan,Madagascar, pakistan, Tanzania dan India
1delima Afrika
2delima Burma
3 delima Burma
Related Posts with Thumbnails