Rabu, 3 Disember 2008

KISAH DELIMA ( RUBY )

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of gemstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).atau orang panggil Delima Cindai dan Delima Daging(Ruby Star)
Delima adalah batu permata yang keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs.iaitu bawah dari Berlian(diamong).Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan,Madagascar, pakistan, Tanzania dan India
1delima Afrika
2delima Burma
3 delima Burma

Isnin, 1 Disember 2008

TENTANG ZAMRUD

Zamrud (Be3Al2SiO6) adalah batu permata yang berwarna hijau atau hijau tua. Zamrud termasuk dalam kumpulan galian silikat beril (mengandung berilium) dan warna hijaunya disebabkan oleh kromium. Kehadiran vanadium dan besi yang menyertai kromium akan menyebabkan warna hijau tersebut. Kekerasan zamrud termasuk tinggi (7.5 pada skala Mohr).
Pengeluar zamrud berkualiti tinggi ialah Colombia, Siberia, Afrika Selatan, Zimbabwe, Australia dan Brazil.

Zamrud (emerald) antara batu permata termahal di dunia, tergolong dalam Big Three
1) zamrud (emerald)
2)delima (ruby)
3)nilam (sapphire)
Ketiga Batu Permata atau Gem Stone ni dalam kategori atas.Kira mahal la dan ada harga yang tinggi di pasaran.tapi bergantung juga pada condition/keadaan sesuatu permata itu sendiri.

Skala yang biasa digunakan sama juga seperti menilai berlian (diamond)
iaitu 4C ( carat/clarity/colour/cutting)

kalau besar dan berat atau orang panggil carat/karat berat tapi clarity atau kejernihan xcantik pun xguna jugak.tak perfect orang kata.

Macam mana pun nak mencari yg perfect bukan mudah.harga pun mau buat hilang akal kejap.jadi dapat yg sedang2 pun dh ok lainla kalau mampu bole cari yg cantik.Sekian

Gambar pelombong Batu Zamrud di colombia ( iklan)

Heppy jer muka mamat ni,yelah bukan mudah melombong Batu permata nie.silap2 terjun lombong!

Yang ni pun mamat atas ni yg dapat hehe

Tengok betul2.Macam ni la zamrud masa baru dilombong,belum dirawat/treatment dan belm dicanai/cutting.Mat saleh panggil Rough emerald.Macam batu superman pun ada kan.

Selepas melalui macam2 proses jadilah Cun macam ni

Yang ni yang dah siap dicanai,dirawat tapi bole kata batu zamrud muda lagi,kaler belum terang dan cantik

Walau pun tak terang atau tak jernih batu zamrud nie.harga dia pun bole tahan.

Gambar dari sudut lain

kira la ada berapa ketul tu.mau berat atau karat dia dalam ratus karat.
yang macam ni ada dalam simpanan saya.

Ahad, 30 November 2008

GAMBAR BATU PERMATA!!



ZAMRUD ( EMERALD)

123 4

1) Batu zamrud yang telah dicanai ( Oval Shape)
2) Emeral cut
3) Cabochon
4) Batu zamrud belum dicanai ( Rough Emerald )

SEKILAS TENTANG BATU PERMATA ( GEMSTONE )


Batu-batu permata terjadi melebihi 120 km di bawah perut bumi - melalui tekanan yang kuat dari permukaan bumi. Maka, semua atom karbon akan terperangkap membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui tekanan gunung berapi, perubahan plat benua, dan fenomena perubahan bumi, batu permata terdesak keluar ke permukaan bumi. Maka sebagian kecilnya akan menjadi intan berlian dan selebihnya akan terperangkap di celahan gunung-ganang, bukit-bukau atau batu-batuan bercampur dengan unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dalam pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.
Hasil daripada gabungan dengan mineral-mineral lain, terbentuklah intan baiduri, kecubung, nilam, delima, zamrud, tourmaline, alexandrite, garnet, mata kucing, mata harimau, zircon, kunzite, chrysoberyls, bryls, opal, fuchsite, aked, ametrine, fairus, malaqat, yaqut, mirjan, jarummas, citrine, peridot, aqua marine, dan ribuan lagi jenis batu permata yang terdapat di seluruh alam ini.
Melalui kecanggihan teknologi pada masa kini, terhasillah pelbagai jenis intan, kristal dan batu-batuan melalui olahan tangan manusia sendiri. Baik yang asli atau tiruan, ianya tetap menarik sebagai perhiasan anting-anting, cincin, gelang, dan sebagainya. Itulah kebesaran Allah S.W.T dan keajaiban alam ciptaan-Nya yang sebagian besarnya masih belum disingkap oleh manusia….
Related Posts with Thumbnails